
Artikel
Warga Psp Cheras Beri Bantuan Kotak Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Hulu Langat
Selain memberi bantuan membersihkan kawasan yang terjejas dengan banjir, warga kerja Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras tidak ketinggalan mengedarkan ko...
Selain memberi bantuan membersihkan kawasan yang terjejas dengan banjir, warga kerja Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras tidak ketinggalan mengedarkan kotak makanan yang dikumpulkan oleh mereka menerusi Surau Ehsaniah, PSP Cheras kepada mangsa-mangsa banjir di perkampungan Orang Asli Batu 23, Hulu Langat, Selangor, semalam.
Bantuan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan oleh warga Polis Diraja Malaysia kepada mangsa-mangsa banjir hingga ke saat ini.