
Artikel
Pga Cheras Komited Bantu Bersihkan Kawasan Banjir Di Hulu Langat
Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Selangor meneruskan misi bantuan kemanusiaan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas...
Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Selangor meneruskan misi bantuan kemanusiaan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas dengan banjir di sekitar kawasan Sekolah Rendah Agama Dusun Tua, Hulu Langat, hari ini.
Terdahulu, mereka turut turun padang membersihkan kawasan di Taman Damai Batu 18, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choon Hwa dan tidak terkecuali Balai Polis Batu 18, Hulu Langat, Selangor yang terkesan akibat banjir sehingga menyebabkan hampir sebahagian bangunan balai berkenaan ditenggelami air.
Kami sentiasa mendoakan agar kesemua mangsa banjir dipermudahkan segala urusan dan sentiasa bertabah dalam apa jua keadaan.