Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Alor Setar - 14 Disember 2010. Atas dasar keprihatinan seluruh warga PDRM yang telah sama-sama merasai keperitan mereka, warga PDRM melalui potongan gaji sebanyak RM 2.00, telah berjaya mengumpul seju..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-pdrm-sumbang-duit-bantu-mangsa-banjir-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:48 MYT

Alor Setar - 14 Disember 2010.

Kejadian banjir terburuk yang melanda negeri Kedah dan Perlis pada November lalu telah mengakibatkan seramai 969 orang warga PDRM, masing-masing 486 orang di Perlis dan 483 orang di Kedah mengalami kerugian harta benda dan kerosakan tempat tinggal. Kerugian yang dianggarkan ditanggung mereka adalah sejumlah RM 3.37 juta.

Atas dasar keprihatinan seluruh warga PDRM yang telah sama-sama merasai keperitan mereka, warga PDRM melalui potongan gaji sebanyak RM 2.00, telah berjaya mengumpul sejumlah wang RM 236,000.00 bagi disumbangkan kepada semua mangsa banjir PDRM. Selain itu, Tabung Kebajikan Pasukan turut menyumbang sebanyak RM 300,000.00 bagi meringankan beban mangsa.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir Kontinjen Kedah dan Kontinjen Perlis yang telah disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail B Haji Omar dan Pengerusi Perkep Malaysia, YBhg Puan Sri Suriati Bt Mohd Sobri. Majlis telah berlangsung di Dewan Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah pada jam 4.00 petang.

"Sesungguhnya kecemerlangan tugas dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh mereka ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada pemimpin-pemimpin masyarakat di kedua-dua negeri tersebut. Walaupun turut menjadi mangsa banjir, ianya tidak pernah melemahkan semangat mereka untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan", ucap YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan yang disampaikan kepada semua mangsa banjir dan warga PDRM.

Selain itu, beliau turut menyatakan rasa bangga terhadap pegawai dan anggota PDRM yang menjadi mangsa kerana mereka tetap menjalankan tanggung jawab menyelamat dan menjaga harta benda serta nyawa mangsa-mangsa banjir yang lain dengan cemerlang dan membanggakan pasukan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah I Jabatan Logistik, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Pemangku Ketua Polis Kedah, YDH ACP Zull Aznam bin Haron, Pemangku Ketua Polis Perlis, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Kedah dan Perlis, Ketua-ketua Polis Daerah Kedah dan Perlis, Pengerusi PPKPCPW, PPKPCI, PPRPD, PACSU dan pegawai/anggota/pegawai awam mangsa banjir.

Sebelum mengakhiri ucapan, YDH Ketua Polis Negara telah mengingatkan seluruh warga PDRM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan berpegang kepada saranan kerajaan iaitu, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm
YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Pemangku Ketua Polis Kedah menyampaikan ucapan.

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi Perkep Malaysia menyampaikan sumbangan PERKEP PDRM kepada mangsa banjir.

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan kepada setiap wakil-wakil Ketua Polis Daerah Kedah dan Perlis.

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cek replika kepada YDH Pemangku Ketua Polis Kedah.

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm
YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan mangsa banjir.

Balai-Balai Polis yang terlibat dengan banjir

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm

Warga Pdrm Sumbang Duit Bantu Mangsa Banjir Pdrm

Jurufoto     : L/Kpl Edwin Indo
Wartawan   : Insp Haslina bt. Mohd Nor
Penyunting : C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM