Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Nigeria Bawa 700g Serbuk Heroin Ditahan

Published: 17 Jun 2014 1.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa dikesan kembali aktif memperdayakan wanita tempatan untuk menyeludup dadah keluar dari negara ini berikutan penahanan seorang lelaki Afrika di Sepa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-nigeria-bawa-700g-serbuk-heroin-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:31 MYT

KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa dikesan kembali aktif memperdayakan wanita tempatan untuk menyeludup dadah keluar dari negara ini berikutan penahanan seorang lelaki Afrika di Sepang, Selasa lalu.

Suspek yang berusia 28 tahun, ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bersama 700 gram (g) serbuk heroin tulen bernilai RM160,000 dipercayai sedang menunggu ‘kekasihnya’ yang dijadikan keldai dadah bagi menyeludup dadah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, hasil risikan, pihaknya memeriksa suspek, seorang lelaki warga Nigeria yang juga pelajar di kolej swasta di ibu negara, kira-kira jam 7.30 pagi.

“Suspek mendakwa tidak tahu kandungan beg galas dibawanya kerana hanya diarahkan menunggu seseorang untuk mengambil beg itu, namun helahnya terbongkar apabila akhirnya dia mengaku menunggu ‘kekasihnya’, seorang warga tempatan untuk membawa dadah itu keluar negara.

“Bagaimanapun wanita itu terselamat daripada diperdayakan apabila tidak datang menemuinya dan kami juga tidak menemui tiket penerbangan ke negara terbabit kerana dipercayai tidak sempat diserahkan kepada suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Kang berkata, beg itu diubah suai di bahagian bawah dengan menambah tiga lapisan terdiri daripada span dan karbon ditampal menggunakan pita pelekat bagi mengaburi pihak berkuasa lapangan terbang.

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM