Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Syabu Dalam Ikan Kering

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SHAH ALAM: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Selangor merampas dadah bernilai RM1.8 juta selepas menahan dua lelaki dalam cubaan membawa masuk dadah jenis syabu seberat satu kilogram (kg) menggunakan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-dalam-ikan-kering
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:50 MYT
SHAH ALAM: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Selangor merampas dadah bernilai RM1.8 juta selepas menahan dua lelaki dalam cubaan membawa masuk dadah jenis syabu seberat satu kilogram (kg) menggunakan ikan kering dan 8.4kg Methamphetamin menggunakan acuan replika haiwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin.

Taktik yang digunakan ialah memasukkan dadah syabu seberat 1kg ke dalam perut ikan kering sebelum dimasukkan ke dalam beg pakaian selain membuat acuan replika berbentuk kepala harimau menggunakan dadah jenis Methamphetamin seberat 8.4kg.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, dalam kejadian pertama pada 3.45 petang Isnin lalu polis bahagian Narkotik KLIA menahan seorang lelaki warga negara Nigeria berumur 31 tahun di balai ketibaan yang membawa beg pakaian.
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM