Warga Kdn Terima Amanat Sempena Tahun Baru 2016
Oleh : Nor Fazreeni binti Abd Raof (Pelajar Praktikal)
Warga KDN Terima Amanat Sempena Tahun Baru 2016
Putrajaya, 5 Februari 2016 – Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena tahun baru 2016 pagi tadi.
Majlis yang berlangsung di Auditorium Blok D, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya itu juga turut diadakan majlis penyampaian penghargaan kepada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan KDN, Jabatan dan Agensi sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dalam memenuhi kehendak, ekspektasi dan sentuhan rakyat jelata khususnya pelanggan-pelanggan KDN, jabatan dan agensi.
“Pada tahun ini, kita mempunyai lebih banyak fokus iaitu 84 fokus baru. Semua kejayaan yang kita fokuskan, tidak mustahil untuk kita mencapainya. Jangan gundah dan menoleh ke belakang. Kita boleh lakukan perubahan, asalkan kita jangan menoleh ke belakang, tetapi tetap terus di hadapan. Kejayaan memang sukar dicapai, tetapi untuk mengekalkan kejayaan adalah jauh lebih sukar untuk mencapainya”, ujar Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap menyampaikan amanat sempena tahun baru 2016.
Dalam majlis yang sama turut diadakan majlis pelancaran buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN) dan juga penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan panel pemikir yang telah berkerjasama dalam menggubal buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN).
Buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN) berobjektifkan untuk menjamin kewujudan (Survival) Malaysia sebagai sebuah negara melalui kesepaduan dan ketahanan nasional berteraskan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan amalan-amalan demokrasi ke arah kesatuan nasional (National Sovereignty), integrasi wilayah (Territorial Intergration), ketenteraman awam (Public Order) dan kestabilan politik (Political Stability).
Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Tuan Masir Anak Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Dato’ Sri Alwi Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara.
Ucaptama oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.
Lafaz ikrar.
Pelancaran buku Buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN).
Penerima-penerima sijil penghargaan.
Brisan tetamu kehormat.