Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Indonesia Diberkas Bersama 3 1 Kg Syabu Di Senai

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Johor Baharu, 12 Sept - Polis Johor percaya penangkapan seorang lelaki warga Indonesia bersama 3.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM621,000 di Senai dua hari lepas, dapat melumpuhkan satu sindike..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-indonesia-diberkas-bersama-3-1-kg-syabu-di-senai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT

Johor Baharu, 12 Sept - Polis Johor percaya penangkapan seorang lelaki warga Indonesia bersama 3.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM621,000 di Senai dua hari lepas, dapat melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata sindiket itu dipercayai menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai pintu masuk dadah ke negara ini.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah hotel pada pukul 6 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Johor. Dia didapati tiba dengan penerbangan dari India, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya dadah itu disorokkan di dalam ruang khas di dalam bagasi suspek dan bekalan berkenaan boleh menampung 15,540 penagih.

Ujian air kencing ke atas suspek bagaimanapun negatif, katanya dan menambah lelaki itu juga tidak mempunyai rekod jenayah.

Lelaki tersebut direman sehingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas kes lain, Ismail berkata polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah dan lapan kes samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan empat lelaki dan dua wanita, tiga hari lepas.

Menurutnya kumpulan itu menyamun sebuah kedai runcit di Taman Perling, di sini kira-kira pukul 6 petang sebelum ditahan polis yang menerima laporan kejadian berkenaan.

"Polis merampas sejumlah barangan daripada mereka termasuk lapan parang, 13 telefon bimbit, lima peket plastik lut sinar mengandungi syabu, satu alat penimbang, wang tunai RM400, dua gerudi, satu komputer riba, tiga jam tangan, satu kamera litar tertutup dan 63 kotak besar rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk," katanya.

Katanya dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan kesemua suspek yang berumur 16 hingga 27 tahun itu direman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM