Polis Tumpas Sindiket Curi Motosikal Di Miri
Miri,
12 Sept - Polis Menumpaskan Sindiket Curi Motosikal Yang Aktif Di
Sekitar Bandaraya Ini Sejak Bulan Lepas, Berikutan Penahanan Dua Lelaki
Di Permyjaya Di Sini, Selesa Lepas.
Ketua
Polis Miri Acp Mun Kok Keong Berkata, Lelaki Berusia 28 Dan 41 Tahun
Itu Ditahan Dalam Operasi Pada Kira-Kira 3.30 Petang Setelah Polis
Mencurigai Motosikal Yang Dimiliki Mereka.
Katanya,
Hasil Siasatan Dipercayai Kedua-Dua Lelaki Terbabit Menganggotai
Sindiket Curi Motosikal Yang Menggunakan Mondus Operandi Meleraikan
Komponen Motosikal Sama Ada Untuk Kegunaan Sendiri Atau Dijual Kepada
Pekerja Ladang Sawit Berhampiran.
"Dua
Suspek Tersebut Masih Ditahan Untuk Soal Siasat, Ada Kemungkinan Suspek
Mempunyai Rakan-Rakan Lain Yang Turut Bekerjasama Dalam Kegiatan
Mencuri Motosikal," Katanya Dalam Sidang Media Di Sini Hari Ini.
Mengenai
Ops Cantas Khas, Beliau Berkata, Polis Miri Menahan Empat Lelaki
Berumur Antara 20 Dan 36 Tahun Di Pelbagai Lokasi Di Sekitar Miri Sejak 6
Sept Lepas.
Polis
Turut Merampas Pelbagai Senjata Termasuk 'Nunchaku', Sejenis Alat Bela
Diri Yang Dipopularkan Aktor Seni Mempertahankan Diri, Bruce Lee,
Katanya.
Sumber : Bernama