Warga Indonesia Diberkas Bersama 3 1 Kg Syabu Di Senai
Johor
Baharu, 12 Sept - Polis Johor percaya penangkapan seorang lelaki warga
Indonesia bersama 3.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM621,000 di
Senai dua hari lepas, dapat melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah
antarabangsa.
Timbalan
Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata sindiket itu dipercayai
menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai pintu masuk dadah
ke negara ini.
Lelaki
berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah hotel pada pukul 6 petang oleh
sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Johor. Dia
didapati tiba dengan penerbangan dari India, katanya kepada pemberita,
di sini hari ini.
Menurutnya
dadah itu disorokkan di dalam ruang khas di dalam bagasi suspek dan
bekalan berkenaan boleh menampung 15,540 penagih.
Ujian air kencing ke atas suspek bagaimanapun negatif, katanya dan menambah lelaki itu juga tidak mempunyai rekod jenayah.
Lelaki tersebut direman sehingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mengulas
kes lain, Ismail berkata polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah
rumah dan lapan kes samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan
empat lelaki dan dua wanita, tiga hari lepas.
Menurutnya
kumpulan itu menyamun sebuah kedai runcit di Taman Perling, di sini
kira-kira pukul 6 petang sebelum ditahan polis yang menerima laporan
kejadian berkenaan.
"Polis
merampas sejumlah barangan daripada mereka termasuk lapan parang, 13
telefon bimbit, lima peket plastik lut sinar mengandungi syabu, satu
alat penimbang, wang tunai RM400, dua gerudi, satu komputer riba, tiga
jam tangan, satu kamera litar tertutup dan 63 kotak besar rokok pelbagai
jenama yang dipercayai diseludup masuk," katanya.
Katanya
dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan kesemua suspek yang
berumur 16 hingga 27 tahun itu direman sehingga esok untuk siasatan
mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sumber : BERNAMA