Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Asing Ditangkap Selepas Menyamun

Diterbitkan: 10 Jul 2016 11.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Alor Setar, 10 Julai 2016 - Seorang warga Indonesia tidak sempat menikmati wang samunnya apabila dia ditahan orang ramai tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-asing-ditangkap-selepas-menyamun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:42 MYT
Alor Setar, 10 Julai 2016 - Seorang warga Indonesia tidak sempat menikmati wang samunnya apabila dia ditahan orang ramai tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang berusia 33 tahun sebelum itu dilapor menyamun seorang wanita berusia 29 tahun di Taman PKNK di sini pada pukul 12.30 tengah malam.

Beliau berkata suspek meragut beg mangsa dari arah belakang dan terus melarikan diri menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

"Orang awam dan suami mangsa yang berada di kawasan berkenaan yang mendengar
jeitan itu berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis," katanya.

Di dalam beg itu terdapat wang tunai RM200. Mohd Rozi berkata suspek menetap di kawasan flat berhampiran lokasi kejadian.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2016 11.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM