Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Cantas Polis Tahan 646 Individu

Diterbitkan: 07 Jul 2016 3.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kuala Lumpur, 30 Jun. 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 646 individu dalam Op Cantas di seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-polis-tahan-646-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:43 MYT
Kuala Lumpur, 30 Jun. 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 646 individu dalam Op Cantas di seluruh negara. 

Ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di dalam laman
Twitter rasmi beliau. 

Khalid berkata kesemua tangkapan berkenaan dilakukan sejak 1 Januari lepas
sehingga semalam. 

Ops Cantas ialah antara langkah proaktif PDRM dalam memberi tumpuan kepada
usaha pencegahan jenayah di seluruh negara khususnya selepas berlaku sejumlah
kes tembak di Malaysia sejak akhir-akhir ini. 

Dalam perkembangan lain, PDRM turut menahan seramai 177 individu kerana
terlibat judi bola sepak di seluruh negara.

Khalid berkata kesemua penahanan berkenaan dibuat di sepanjang bulan ini
(Jun) dan turut merampas wang tunai lebih RM190,000 dalam kegiatan itu.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 07 Jul 2016 3.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM