Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Asing Cuba Keluar Dari Negara Ditahan

Published: 18 Jun 2014 7.20 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Pulau Pinang, 3 Jan- Seramai 43 warga asing termasuk seorang bayi lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam cubaan keluar dari negara dalam satu operasi 'op tango papa' yang dijalankan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-asing-cuba-keluar-dari-negara-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:37 MYT

Pulau Pinang, 3 Jan- Seramai 43 warga asing termasuk seorang bayi lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam cubaan keluar dari negara dalam satu operasi 'op tango papa' yang dijalankan semalam.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati 25 orang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala seorang lagi passport tamat tempoh.

Ekoran daripada penahanan tersebut turut dirampas sebuah bot jenis Barter Trade yang digunakan untuk membawa keluar warga asing.

Dalam operasi yang dijalankan, pihak polis juga menahan tekong dan awak-awak. Mereka yang ditahan dibawa ke Jeti PPM untuk tindakan lanjut.

Warga Asing Cuba Keluar Dari Negara Ditahan
Sumber : HEA Cawangan Marin Pulau Pinang

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.20 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM