Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Afrika Samun Ahli Peniagaan Berpangkat Datuk Ditahan

Diterbitkan: 19 Feb 2016 2.42 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Polis menahan seorang lelaki warga Afrika dipercayai terlibat dengan kes samun wang tunai bernilai USD200,000 (RM823,000) milik seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-afrika-samun-ahli-peniagaan-berpangkat-datuk-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:03 MYT
Kuala Lumpur, 19 Febuari 2016 - Polis menahan seorang lelaki warga Afrika dipercayai terlibat dengan kes samun wang tunai bernilai USD200,000 (RM823,000) milik seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata suspek berusia 30-an
itu ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Seri Merdeka, Ampang di sini kira-kira 3 pagi tadi.

"Susulan penahanan suspek itu polis sedang memburu tiga lagi rakannya yang juga warga Afrika dipercayai masih berada di sekitar Kuala Lumpur," katanya selepas menghadiri program Santai Ola Bola Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Pada 29 Jan lepas, ahli perniagaan berusia 61 tahun itu diserang empat individu lelaki di kawasan UK Heights, Ampang, di sini ketika menuju ke sebuah lokasi bagi menjalankan urusan pelaburan. 

Dalam kejadian 3.30 petang itu, empat lelaki yang menaiki dua kereta berasingan bertindak menahan kereta mangsa sebelum dua daripada suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan melarikan wang tunai itu. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2016 2.42 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM