Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Syabu Tahan Dua Remaja Lelaki Satu Wanita

Diterbitkan: 19 Feb 2016 9.49 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Polis menahan dua remaja lelaki dan seorang wanita serta merampas dadah disyaki syabu daripada mereka di sebuah rumah di Kampung Tembioh, di sini, Selasa lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-syabu-tahan-dua-remaja-lelaki-satu-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:17 MYT
Kota Tinggi, 19 Febuari 2016 - Polis menahan dua remaja lelaki dan seorang wanita serta merampas dadah disyaki syabu daripada mereka di sebuah rumah di Kampung Tembioh, di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kedua-dua remaja berumur 17 tahun dan wanita berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 3.30 petang.

"Polis memeriksa satu beg silang yang dipakai seorang daripada mereka dan menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki syabu yang dianggar seberat 6.4 gram," katanya di sini hari ini.

Rahmat berkata ujian air kencing pula mendapati kedua-dua remaja itu positif dadah.

Beliau berkata seorang remaja itu kini direman sehingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.
"Seorang lagi pula akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama manakala wanita itu telah dibebaskan tanpa syarat selepas direkodkan keterangan," katanya. 
- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2016 9.49 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM