Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Afrika Ditahan Leka Berhibur

Published: 15 Feb 2016 8.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Khas (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menyerbu premis hiburan, di Jalan Universiti, Petaling Jaya, awal pagi kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-afrika-ditahan-leka-berhibur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:49 MYT
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Khas (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menyerbu premis hiburan, di Jalan Universiti, Petaling Jaya, awal pagi kelmarin. 

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, rata-rata pengunjung pusat hiburan adalah warga Afrika dan segelintir daripadanya masih leka berhibur ketika serbuan dilakukan.

Seramai 88 wanita dan 117 lelaki yang mengun jungi pusat hiburan berkenaan telah diperiksa dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 11 wanita dan empat lelaki positif dadah.

Daripada 20 individu ditahan, dua adalah rakyat tempatan dan selebihnya warga Afrika seperti Nigeria, Congo, Kenya dan Ghana. 

Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro

Warga Afrika Ditahan Leka Berhibur
ArticlePublished 15 Feb 2016 8.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM