Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Interpol Tingkat Keupayaan Siasatan Hentikan Kegiatan Pengganas

Diterbitkan: 15 Feb 2016 7.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Program yang akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan kerjasama kalangan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, membuat perkongsian sumber-sumber risikan, mengkaji keupayaan forensik serta meningkatkan perkongsian maklumat kalangan agensi penguatkuasaan undang-undang di rantau ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/interpol-tingkat-keupayaan-siasatan-hentikan-kegiatan-pengganas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:28 MYT

Oleh : Edwind Indo
Penyunting : Insp Arisanti binti Aziz

Kuala Lumpur, 15 Feb – Polis Antarabangsa (INTERPOL) terus meningkatkan keupayaan penyasatan dalam usaha menghentikan kegiatan pengganas melalui program ‘Interpol Certified Border Management Training Course For Operational Coordinators’ yang berlangsung di Maktab Polis, di sini, hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), CP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Program yang akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan kerjasama kalangan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, membuat perkongsian sumber-sumber risikan, mengkaji keupayaan forensik serta meningkatkan perkongsian maklumat kalangan agensi penguatkuasaan undang-undang di rantau ini.

Berucap dalam majlis perasmian program hari ini, Datuk Muhammad Fuad menyifatkan keganasan merupakan satu ancaman kepada keamanan dunia yang mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa.

"Rantau Asia Tenggara merupakan tumpuan pengganas Islamic State (IS) untuk dijadikan tempat meluaskan pengaruh, sehubungan itu semua pihak perlu meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat kepada agensi perisik kami dalam usaha membanteras ideologi pengganas", ujar beliau lagi.

Kata beliau lagi, usaha menentang keganasan memerlukan kerjasama global yang erat antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang serta penyelarasan rapi di kalangan negara-negara ASEAN yang akan direalisasikan dalam kursus yang dianjurkan ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Canada Di Malaysia, Sir Timothy Mackey, Pengurus Projek Pembinaan Keupayaan Dan Latihan INTERPOL, Sir Rastislav Sasik, Pengarah eksekutif sekretariat ASENAPOL, Brig. Gen. Yohanes Agus Mulyuno dan peserta program.

_MG_4533
Peserta program ‘Interpol Certified Border Management Training Course For Operational Coordinators’ bergambar kenangan di loby maktab PDRM Kuala Lumpur

ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2016 7.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM