Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragaintsdrugs Posting Pilihan Jsjn Dan Oncb Thailand Perkukuh Sinergi Strategik Tangani Ancaman Dadah Rentas Sempadan

Diterbitkan: 18 Jun 2026 1.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.52 PM
Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan Office of the Narcotics Control Board (ONCB), Thailand dalam usaha menangani ancaman dadah rentas sempadan menerusi perkongsian risikan, pelaksanaan operasi bersama dan pertukaran maklumat berkaitan jenayah narkotik antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragaintsdrugs-posting-pilihan-jsjn-dan-oncb-thailand-perkukuh-sinergi-strategik-tangani-ancaman-dadah-rentas-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:18 MYT
Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan Office of the Narcotics Control Board (ONCB), Thailand dalam usaha menangani ancaman dadah rentas sempadan menerusi perkongsian risikan, pelaksanaan operasi bersama dan pertukaran maklumat berkaitan jenayah narkotik antarabangsa.

Perkara tersebut dibincangkan dalam satu pertemuan antara delegasi ONCB, Thailand yang diketuai oleh Director of Narcotics Law Enforcement Bureau, Mr. Kanisorn Papernon bersama Pengarah JSJN, CP Dato’ Hussein Omar Khan yang berlangsung di Pejabat JSJN, Bukit Aman, hari ini.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai prosedur pelaksanaan "warrant of arrest" yang melibatkan warganegara Thailand, di samping berkongsi maklumat berkaitan trend terkini serta modus operandi yang digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa.

Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah JSJN.

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2026 1.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.52 PM