Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Prihatin Tanpa Mengira Waktu Anggota Pdrm Tampil Hulurkan Bantuan

Diterbitkan: 18 Jun 2026 1.15 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.52 PM
Di sebalik tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, nilai keprihatinan dalam diri warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah luntur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-prihatin-tanpa-mengira-waktu-anggota-pdrm-tampil-hulurkan-bantuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
 
Di sebalik tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, nilai keprihatinan dalam diri warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah luntur.

Terima kasih diucapkan kepada anggota Kawalan Lalulintas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atas keprihatinan dan tindakan pantas menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang mengalami kehabisan minyak di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam, petang semalam.

Meskipun dalam perjalanan ke lokasi penugasan kawalan lalu lintas, Lans Koperal Akram Ikrami Sapei tetap berhenti untuk membantu dengan menunda motosikal tersebut ke stesen minyak berhampiran.

Inilah cerminan sebenar warga PDRM yang sentiasa mengutamakan nilai kemanusiaan dan bersedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan keadaan.

Sumber: TikTok bangkeram

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Prihatin Tanpa Mengira Waktu Anggota Pdrm Tampil Hulurkan Bantuan
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2026 1.15 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.52 PM