Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Sindiket Pengedaran Dadah Bernilai Rm840 000 Tumpas

Published: 08 Jul 2023 6.56 AM Updated: 15 Aug 2026 8.20 PM
Kota Kinabalu, 8 Julai 2023 - Polis Sabah menumpaskan sindiket pengedaran dadah seberat 14.2 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM840,000 tumpas dalam empat serbuan berasingan pada awal minggu ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-sindiket-pengedaran-dadah-bernilai-rm840-000-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:55 MYT
Kota Kinabalu, 8 Julai 2023 - Polis Sabah menumpaskan sindiket pengedaran dadah seberat 14.2 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM840,000 tumpas dalam empat serbuan berasingan pada awal minggu ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya turut menahan lima lelaki yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing berusia antara 17 tahun hingga 40-an di empat lokasi berasingan di negeri ini.
Dalam kesemua serbuan itu, polis turut menyita wang tunai, barang kemas, barangan mewah dan kenderaan yang secara keseluruhan bernilai RM1.2 juta.
Beliau berkata, dalam serbuan pertama di Kinabatangan pada Isnin, kira-kira 11.45 pagi, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah seberat 10.05kg dengan anggaran nilai pasaran RM600,000.
“Dalam serbuan ini, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dibantu pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Kinabatangan membuat serbuan ke atas sebuah kenderaan di tepi jalan di Kilometer 68 Jalan Sandakan-Lahad Datu.
“Ketika serbuan dilakukan, seorang lelaki dilihat sedang meletakkan sebuah kotak dalam bonet kenderaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kotak tersebut mengandungi 10 bungkusan dipercayai dadah jenis Syabu seberat 10.05kg,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Sabah semalam.
Dalam serbuan berasingan di Semporna pada hari yang sama, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan dan lelaki warga asing dengan rampasan syabu seberat 2.03kg.

Sumber: Polis Sabah dan Utusan Malaysia

ArticlePublished 08 Jul 2023 6.56 AMUpdated 15 Aug 2026 8.20 PM