
Artikel
Posting Pilihan Kpn Timbalan Kpn Sembah Mengadap Dymm Sultan Johor Di Istana Bukit Serene
Johor Bahru, 8 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalannya, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengada...
Johor Bahru, 8 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalannya, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengadap ke hadapan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris, di Istana Bukit Serene, di sini.
Sembah mengadap pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia itu adalah bagi menyembah maklum mengenai perkembangan dan kesiapsiagaan terkini Pasukan dalam hal ehwal keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Turut mengadap sama ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin dan Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu serta isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Puan S. Shanti.