Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Dua Lelaki Rampas Dadah Bernilai Hampir Rm11 Juta

Published: 29 Oct 2024 1.49 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Subang Jaya, 29 Oktober 2024 - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki Syabu bernilai hampir RM11 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Bukit Puchong, di sini, pada 25 Oktober lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-dua-lelaki-rampas-dadah-bernilai-hampir-rm11-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT
Subang Jaya, 29 Oktober 2024 - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki Syabu bernilai hampir RM11 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Bukit Puchong, di sini, pada 25 Oktober lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata kedua-dua suspek berusia 30 dan 34 tahun itu masing-masing ditahan di tepi jalan di Bandar Baru Sri Petaling dan Jalan Puchong Jaya pada 10.30 malam dan 11.30 malam, Jumaat lepas.

Susulan tangkapan itu, beliau berkata polis menyerbu ke sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Bukit Puchong dan berjaya menemukan 319 bungkusan teh herba berisi dadah disyaki Syabu seberat 329.5 kilogram dengan anggaran nilai RM10.9 juta yang disembunyikan di sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak awal tahun ini dan menjadikan rumah teres berkenaan sebagai stor simpanan bekalan dadah dengan sewa RM1,800 sebulan sejak awal September lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, hari ini.

ArticlePublished 29 Oct 2024 1.49 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM