Artikel
Artikel Pilihan Aliran Trafik Deepavali 2 752 Anggota Pegawai Jspt Bertugas
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh nega...
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.
“JSPT menjangkakan aliran trafik akan sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan. Melalui maklumat daripada pihak Konsesi Lebuhraya Utama (PLUS) dan lebuh raya konsesi yang lain, jangkaan 2.62 juta kenderaan dalam tempoh sehari.
“Pihak PLUS Berhad juga akan mengaktifkan 21 lokasi smartlane bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan pergerakan ke Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air bakal meningkat secara luar biasa serta peningkatan ketara pergerakan kenderaan di bahagian Pantai Barat seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.
Sumber: BERNAMA