Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Bernilai Rm2 15 Juta

Diterbitkan: 16 Dec 2020 11.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 Disember 2020 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.15 juta selepas menahan bekas pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sebuah kondominium di Cheras, di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-rampas-dadah-bernilai-rm2-15-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:02 MYT
Kuala Lumpur, 16 Disember 2020 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.15 juta selepas menahan bekas pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sebuah kondominium di Cheras, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin, berkata pihaknya menahan lelaki berusia 66 tahun itu di kawasan parkir sekitar kondominium berkenaan jam 5.30 petang. Beliau berkata, hasil pemeriksaan dilakukan terhadap suspek membawa kepada rampasan dadah jenis Ketamin seberat 16.5 gram.

"Hasil soal siasat, kami kemudiannya pergi ke sebuah unit di kondominium terbabit dan menahan seorang wanita berusia 45 tahun, jam 7.10 malam. "Malah, kami juga menemui 1,000 pil Erimin 5 serta 1,900 pil Ekstasi dalam sebuah kereta Proton Wira ketika pemeriksaan dilakukan di tempat letak kenderaan di kondominium terbabit jam 8.30 malam, hari sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Saiful Azly berkata, dua suspek itu dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah jenis serbuk MDMA, Ketamin, Ekstasi dan pil Erimin 5 di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu. Bacaan lanjut seperti pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-rampas-dadah...


Image may contain: 1 person, text that says 'MALAYSIA HA TheStar KualaLum'

Image may contain: 1 person, standing and indoor

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2020 11.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM