
Artikel
Posting Pilihan Ketua Komunikasi Korporat Pdrm Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Johor
Johor Bahru, 16 Disember 2020 - Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Datin Seri Dato' Asmawati Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke atas...
Johor Bahru, 16 Disember 2020 - Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Datin Seri Dato' Asmawati Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, petang tadi.
Pertemuan tersebut bertujuan membincangkan mengenai persiapan program “Barisan Hadapan Bersatu Menentang Kanser Serviks” dengan Kerjasama Yayasan ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening) di Kontinjen Johor pada 21 dan 22 Disember depan.
Menerusi program itu, semua pegawai, anggota dan kakitangan awam wanita PDRM Johor yang berkelayakan akan ditawarkan ujian saringan kanser serviks menggunakan kaedah ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) secara percuma.
Sumber: Polis Johor