Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Berkas Dua Ahli Sindiket Edar Dadah Rampas Heroin Bernilai Rm153 178

Published: 22 Dec 2020 1.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 22 Disember 2020 - Polis Johor menahan dua ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas 13.77 kilogram Heroin bernilai RM153,178 menerusi dua serbuan operasi khas di kawasan Seri Alam, di sini, dua hari lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-berkas-dua-ahli-sindiket-edar-dadah-rampas-heroin-bernilai-rm153-178
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Johor Bahru, 22 Disember 2020 - Polis Johor menahan dua ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas 13.77 kilogram Heroin bernilai RM153,178 menerusi dua serbuan operasi khas di kawasan Seri Alam, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lelaki tempatan berumur 31 dan 38 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, dibantu JSJN Johor pada pukul 9.45 pagi.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah terbabit sejak Mei lepas untuk dipasarkan di sekitar Johor.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif Morfin dan Tetra Hydrocannibol (THC).

“Semakan rekod pula mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah”, katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dato’ Ayob Khan berkata, pihaknya turut menyita tiga kereta jenis Toyota Vellfire, BMW dan Proton Wira, sebuah motosikal Yamaha, wang tunai RM11,133, wang tunai dolar Singapura SGD42, serta seutas barang kemas bernilai RM9,600 yang mana keseluruhan sitaan berjumlah RM185,775.

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula semalam (21 Disember) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Johor dan 
BERNAMA


No photo description available.

Image may contain: text that says 'WANG TUNAI RM11,133.00 WANG TUNAI SGD RM42.00 SEUTAS BARANG KEMAS RM9,600.00 NILAI KESELURUHAN SITAAN ADALAH RM185,775.0

Image may contain: food

Image may contain: indoor

No photo description available.
ArticlePublished 22 Dec 2020 1.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM