Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Mesyuarat Agung Tahunan Maksak Malaysia Ke 64

Diterbitkan: 22 Dec 2020 2.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 22 Disember 2020 – Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Ramli Haji Din menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) ke-64, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-mesyuarat-agung-tahunan-maksak-malaysia-ke-64
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:05 MYT

Putrajaya, 22 Disember 2020 – Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Ramli Haji Din menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) ke-64, di sini, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali bertujuan membincangkan perancangan aktiviti MAKSAK pada masa akan datang selain perlantikan baharu Ahli Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia bagi tahun 2020-2022 dan Juru Audit 2020.

Tidak ketinggalan juga, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dibincangkan antaranya perubahan pendaftaran MAKSAK Malaysia di bawah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) kepada Pejabat Pesuruhjaya Malaysia (PPS) dan cadangan pinjaman pemain antara Badan Gabungan MAKSAK (Cross Border) bagi Kejohanan Sukan dan Kebudayaan MAKSAK Malaysia.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK Malaysia, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Yang Dipertua MAKSAK Negeri, Ahli Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia dan Setiausaha Kehormat MAKSAK Negeri.

Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia

Image may contain: 12 people, people standing, people on stage and indoor

Image may contain: one or more people, people standing and people on stage

Image may contain: 1 person, standing and indoor
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2020 2.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM