
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Terima Kunjungan Hormat Menteri Pembangunan Wanita Kanak Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangun...
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Pengerusi One Stop Committee on Addressing Drugs and Substances Issues (OSC MIDS) Negeri Sarawak, Dato’ Sri Hjh. Fatimah Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, semalam.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam membanteras penyalahgunaan dadah di Sarawak, khususnya melalui pendekatan bersepadu meliputi pencegahan, intervensi awal, rawatan dan pemulihan komuniti.
Dalam pertemuan itu, Dato’ Hussein turut menekankan kepentingan sinergi rentas agensi bagi menangani cabaran pengedaran dadah di Sarawak yang mempunyai sempadan darat sepanjang 2,173 kilometer serta pelbagai laluan haram berisiko tinggi.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Zaki Ashar, Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, SAC Jasmirol Jamaluddin, barisan pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Sarawak serta delegasi OSC MIDS.