Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Pelancaran Naskhah Khas Shamsul Azri 365 Hari Menjunjung Amanah

Diterbitkan: 13 Aug 2025 1.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 12 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Majlis Pelancaran Naskhah Khas “Shamsul Azri: 365 Hari Menjunjung Amanah” yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-pelancaran-naskhah-khas-shamsul-azri-365-hari-menjunjung-amanah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:10 MYT
Putrajaya, 12 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Majlis Pelancaran Naskhah Khas “Shamsul Azri: 365 Hari Menjunjung Amanah” yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya, di sini, petang tadi.

Naskhah khas tersebut merupakan dokumen rasmi yang dihasilkan sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti Ketua Setiausaha Negara ke-16, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sepanjang tempoh kepimpinan selain mengiktiraf peranan beliau sebagai pemangkin pembangunan negara dan penasihat kepada kerajaan dalam memastikan kesesuaian dasar secara profesional.

Dalam majlis sama turut menyaksikan perasmian Laman Malaysia MADANI yang menjadi simbolik kepada pelaksanaan kerangka dasar dan falsafah pembangunan negara merangkumi pelbagai dimensi, sebagaimana diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari 2023 dalam meraikan kebersamaan.
Laman Malaysia MADANI ini merupakan gabungan manifestasi fizikal, seni dan keterangkuman yang berfungsi sebagai laman rekreasi, refleksi dan ruang awam bagi penduduk setempat beriadah.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahalan Hj. Abdul Aziz, Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud dan rakan-rakan media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

ArtikelDiterbitkan 13 Aug 2025 1.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM