Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Penganggur Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm227 914

Diterbitkan: 06 Apr 2023 10.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 6 April 2023 - Polis Pulau Pinang merampas dadah bernilai RM227,914, hasil penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun di Air Itam di sini, jam 12 tengah hari, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-penganggur-ditahan-bersama-dadah-bernilai-rm227-914
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:43 MYT
Georgetown, 6 April 2023 - Polis Pulau Pinang merampas dadah bernilai RM227,914, hasil penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun di Air Itam di sini, jam 12 tengah hari, Isnin lalu.
Lelaki yang juga penganggur itu ditahan di sebuah kawasan parkir pada operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Pulau Pinang.
Ketua Polis negeri, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pada serbuan itu, pihaknya merampas 100 helaian foil aluminium mengandungi Erimin 5 seberat 280 gram daripada suspek.
"Hasil siasatan lanjut, kami menyerbu sebuah rumah di Jelutong dan menemukan pelbagai jenis dadah seperti Syabu, Heroin, Erimin 5, Ganja, Ekstasi, serbuk MDMA dan serbuk Ketamin.
"Risikan mendapati, sindiket aktif mengedar dadah di pasaran tempatan sejak awal tahun ini," katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang di sini, hari ini.
Menurut beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh lebih 31,000 penagih.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../penganggur-ditahan-bersama...

Sumber: PDRM Pulau Pinang dan Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2023 10.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM