
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Respa
Kuala Lumpur, 6 April 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi...
Kuala Lumpur, 6 April 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) yang diketuai oleh presidennya, Dato' Meor Chek Hussien Mahayuddin di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, hari ini.
Seusai kunjungan hormat tersebut, Dato' Meor turut menyerah bubur lambuk kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani untuk diagihkan kepada setiap jabatan dalam PDRM sempena sambutan bulan Ramadan.
Hadir sama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mazratul Akmar Ahamed Sabki serta delegasi RESPA.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.



