Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Op Tapis Akan Diteruskan Kenal Pasti Dalang Sebenar Sindiket Dadah Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 23 May 2022 1.26 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga kini terdapat ada 2,100 tokan dadah yang dianggap sebagai "tokan pertengahan" berjaya ditangkap, polis akan meneruskan siasatan bagi menahan dalang sebenar kegiatan itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-op-tapis-akan-diteruskan-kenal-pasti-dalang-sebenar-sindiket-dadah-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:58 MYT
Pasir Mas, 23 Mei 2022 - Polis Diraja Malaysia akan meneruskan operasi dan siasatan bagi mengenal pasti dalang utama sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi beberapa siri Op Tapis yang akan diteruskan lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga kini terdapat ada 2,100 tokan dadah yang dianggap sebagai "tokan pertengahan" berjaya ditangkap, polis akan meneruskan siasatan bagi menahan dalang sebenar kegiatan itu.

"Kita tidak menafikan kegiatan pengedaran dadah di negara ini mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa seperti di Kelantan, kebanyakan dadah dibawa masuk dari negara jiran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dan meninjau operasi pintu masuk di Malaysia-Thailand, di sini hari ini.

Terdahulu beliau meninjau laluan tikus di sepanjang Sungai Golok bermula di Pengkalan Kubor, Tumpat hingga Kubang Pak Hitam, Pasir Mas bersama Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun dan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan, Tuan Mohd Nasir Deraman.

Dato’ Ayob Khan berkata, daripada 175 pangkalan haram di Kelantan, 135 daripadanya aktif digunakan penyeludup untuk kegiatan penyeludupan dan sepanjang tahun lepas pihak berkuasa merampas 2,219 kilogram (kg) Syabu; Ganja (1,063kg); Pil Kuda (1.6 juta pil); Heroin (100kg) dan Ketamin (44kg) yang cuba diseludup di laluan kecil dan pangkalan haram di kawasan berkenaan.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people, people sitting and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people

May be an image of 4 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 23 May 2022 1.26 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM