Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Ayat Power Abang Polis Selamatkan Wanita

Diterbitkan: 23 May 2022 11.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kira-kira 15 minit masa diambil anggota polis bagi memujuk seorang wanita yang bersendirian di bumbung sebuah kompleks belah belah dekat sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-ayat-power-abang-polis-selamatkan-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:56 MYT
Shah Alam, 23 Mei 2022 - Kira-kira 15 minit masa diambil anggota polis bagi memujuk seorang wanita yang bersendirian di bumbung sebuah kompleks belah belah dekat sini, semalam.

Terdahulu, kejadian itu disedari orang awam kira-kira 2.15 petang yang terkejut melihat wanita itu bersendirian di tebing atas bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, susulan laporan yang diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota polis mengambil masa 15 minit memujuk wanita berusia 21 tahun itu sebelum membawa mangsa ke bawah dalam tempoh 1 jam kemudian.

"Semakan mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu butik pakaian," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan dan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sejak 2020.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) dan mangsa dibawa ke HTAR untuk rawatan selanjutnya.
Sumber: Harian Metro

Ayat 'power' abang polis selamatkan wanita | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 23 May 2022 11.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM