Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Rm3 87 Juta Gagal Diseludup Enam Lelaki Ditahan Polis

Diterbitkan: 23 Sep 2021 2.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 23 September 2021 - Polis menahan enam lelaki dan merampas 107.5 kilogram (kg) Syabu bernilai RM3.87 juta yang cuba diseludup ke luar negara dalam serbuan di jeti pendaratan ikan Sungai Acheh, di Daerah Barat Daya di sini, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-syabu-rm3-87-juta-gagal-diseludup-enam-lelaki-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:37 MYT
Georgetown, 23 September 2021 - Polis menahan enam lelaki dan merampas 107.5 kilogram (kg) Syabu bernilai RM3.87 juta yang cuba diseludup ke luar negara dalam serbuan di jeti pendaratan ikan Sungai Acheh, di Daerah Barat Daya di sini, Isnin lalu.
Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan pertama di jeti pendaratan ikan di Sungai Acheh, Balik Pulau pada jam 2.30 petang membawa kepada penahanan dua lelaki warga tempatan dan tiga warga asing.
Katanya, menerusi serbuan itu, polis merampas Syabu dianggarkan seberat 107.5 kg dalam 100 bungkusan teh yang ditemukan dalam bot gentian kaca.

"Susulan penahanan itu, serbuan kedua dibuat di sebuah rumah di Bukit Tambun, Nibong Tebal dengan seorang lagi suspek warga tempatan ditahan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan Syabu itu.

"Ujian saringan air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah dan seorang daripadanya mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 56(1)(b) Akta Imigresen 1956/63.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2021 2.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM