Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lagak Superman Geng Rxz Undang Padah

Diterbitkan: 23 Sep 2021 6.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 September 2021 - Lagak geng motosikal Yamaha RXZ melakukan aksi Superman di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, dekat sini pada Rabu mengundang padah selepas ditahan polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lagak-superman-geng-rxz-undang-padah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:59 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2021 - Lagak geng motosikal Yamaha RXZ melakukan aksi Superman di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, dekat sini pada Rabu mengundang padah selepas ditahan polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, Ops Samseng Jalanan yang dilakukan sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman kira-kira jam 11.50 malam itu mengesan tujuh lelaki dengan aksi Superman dan zig-zag bersaing sesama sendiri.

"Kesemua penunggang berusia 21 hingga 34 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar daerah Kajang dan menyita kesemua motosikal mereka iaitu enam Yamaha RXZ dan satu Yamaha Y15ZR," katanya.

Dato' Mohd Nadzri berkata, siasatan mendapati kumpulan penunggang itu dalam perjalanan pulang selepas singgah di sebuah restoran roti John di Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun katanya, dalam perjalanan pulang itu, geng terbabit dikesan melakukan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Tegas beliau, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Lagak 'Superman Geng RXZ' undang padah
ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2021 6.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM