Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Suami Isteri Dicekup Edar Pil Kuda Dan Syabu

Published: 16 Nov 2022 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 16 November 2022 – Kegiatan empat individu termasuk sepasang suami isteri mengedar dadah sejak setahun lalu berakhir selepas mereka diberkas dalam serbuan ke atas sebuah rumah tumpangan di Kampung Kubang Tuman, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-suami-isteri-dicekup-edar-pil-kuda-dan-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:08 MYT
Kota Bharu, 16 November 2022 – Kegiatan empat individu termasuk sepasang suami isteri mengedar dadah sejak setahun lalu berakhir selepas mereka diberkas dalam serbuan ke atas sebuah rumah tumpangan di Kampung Kubang Tuman, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 7.41 malam itu, polis merampas pil kuda dan Syabu bernilai RM10,435, sepucuk pistol Revolver Smith & Wesson, 50 butir peluru dan kelongsong.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan, kesemua suspek berada di dalam rumah dan pihaknya menjumpai sebanyak 132 pil kuda di atas tilam di dalam sebuah bilik.

“Pemeriksaan di dalam bilik berasingan menemui sebuah beg di dalamnya berisi Syabu dan peluru. Senjata api pula ditemui di dalam almari pakaian," ujarnya.

Keempat-empat suspek ditahan reman selama enam hari bermula sehingga 20 November untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 4 people
ArticlePublished 16 Nov 2022 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM