Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pru 15 Orang Ramai Diingatkan Patuhi Lalu Lintas Kpn

Diterbitkan: 16 Nov 2022 3.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 16 November 2022 – Orang ramai yang dijangka pulang lebih awal ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, diingatkan untuk berhemah dan patuhi lalu lintas bagi mengelak risiko kemalangan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pru-15-orang-ramai-diingatkan-patuhi-lalu-lintas-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:39 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2022 – Orang ramai yang dijangka pulang lebih awal ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, diingatkan untuk berhemah dan patuhi lalu lintas bagi mengelak risiko kemalangan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sudah membuat persediaan mengatur tugasan di seluruh negara.

Menurut beliau, pihak polis tidak ada masalah dalam mengendalikan situasi trafik yang tinggi kerana berpengalaman kendalikan ketika musim perayaan.

“Untuk pilihan raya kali ini, tiada beza. Cuma saya mohon pengguna jalan raya dan pengundi agar atur perjalanan masing-masing serta mematuhi peraturan lalu lintas.

“Ia demi mengurangkan jumlah kemalangan dan kesesakan ekoran pemanduan yang tidak berhemah dan seumpamanya,” katanya pada sidang akhbar selepas undi awal di Bukit aman, di sini pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 3 people and text

ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2022 3.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM