Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Dadah Rm3 6 Juta Tumpas Dua Ditahan

Published: 24 Jan 2025 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 24 Januari 2025 - Satu sindiket yang aktif menjalankan dua kegiatan jenayah iaitu pengedaran dadah serta pemalsuan dokumen tumpas selepas dua ahlinya ditahan polis pada 13 dan 14 Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-edar-dadah-rm3-6-juta-tumpas-dua-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
 
Johor Bahru, 24 Januari 2025 - Satu sindiket yang aktif menjalankan dua kegiatan jenayah iaitu pengedaran dadah serta pemalsuan dokumen tumpas selepas dua ahlinya ditahan polis pada 13 dan 14 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, kedua-dua suspek lelaki tempatan yang berusia 30 serta 33 tahun itu ditahan dalam empat serbuan di sekitar bandar raya ini.

Katanya, dadah dirampas bernilai RM3.68 juta, manakala dokumen palsu dirampas melibatkan kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, geran kenderaan serta wang tunai.

“Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak Disember lalu dengan menjadikan dua kediaman sebagai stor dan pusat pembungkusan dadah serta tempat pemalsuan dokumen.

“Antara dirampas ialah 21,811 gram serbuk Ekstasi, 1.40 gram Syabu dan 40.28 liter cecair dadah bernilai RM3.68 juta. Turut dirampas 13 keping kad pengenalan dan lesen memandu palsu, 10 keping kad bank palsu, satu geran palsu serta 18 keping wang tunai palsu,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text

ArticlePublished 24 Jan 2025 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM