Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Aisse 25 Misi Pdrm Dekatkan Ketua Ketua Agensi Keselamatan Dunia Kepada Malaysia Tercapai Terima Kasih Para Delegasi Sehingga Berjumpa Lagi

Diterbitkan: 23 Jan 2025 8.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.31 PM
Sepang, 23 Januari 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dan akan memanfaatkan sepenuhnya penganjuran Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25) yang melabuhkan tirainya semalam setelah berjaya mengumpulkan lebih 300 ketua organisasi dan pemain industri keselamatan dari seluruh dunia bermula 21 Januari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aisse-25-misi-pdrm-dekatkan-ketua-ketua-agensi-keselamatan-dunia-kepada-malaysia-tercapai-terima-kasih-para-delegasi-sehingga-berjumpa-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:28 MYT
Aisse 25 Misi Pdrm Dekatkan Ketua Ketua Agensi Keselamatan Dunia Kepada Malaysia Tercapai Terima Kasih Para Delegasi Sehingga Berjumpa Lagi
Laman Utama / Artikel / Aisse 25 Misi Pdrm Dekatkan Ketua Ketua Agensi Keselamatan Dunia Kepada Malaysia Tercapai Terima Kasih Para Delegasi Sehingga Berjumpa Lagi
Kembali ke Pustaka
Artikel

Aisse 25 Misi Pdrm Dekatkan Ketua Ketua Agensi Keselamatan Dunia Kepada Malaysia Tercapai Terima Kasih Para Delegasi Sehingga Berjumpa Lagi

Sepang, 23 Januari 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dan akan memanfaatkan sepenuhnya penganjuran Persidangan da...
Sepang, 23 Januari 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dan akan memanfaatkan sepenuhnya penganjuran Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25) yang melabuhkan tirainya semalam setelah berjaya mengumpulkan lebih 300 ketua organisasi dan pemain industri keselamatan dari seluruh dunia bermula 21 Januari lalu.

Di bawah tema "Asia United: Charting The Future of Global Peace and Security Through Law Enforcement Collaboration", PDRM komited untuk terus menjadikan AISSE sebagai program mega rujukan aspek keselamatan dalaman dunia khasnya di rantau Asia Tenggara dengan melibatkan penggunaan teknologi baharu serta pakar keselamatan tempatan serta antarabangsa berkongsi idea dalam proses tersebut.

Di kesempatan ini, bagi pihak Pucuk Pimpinan Pasukan, KDN dan seluruh rakyat Malaysia memberikan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan terima kasih kepada semua ketua delegasi dari seluruh dunia yang sudi hadir memainkan peranan penting mereka bersama Malaysia amnya serta PDRM khasnya dalam persidangan bertaraf antarabangsa ini, sejak dua hari lalu.

Dengan berakhirnya AISSE'25 semalam, ketua-ketua delegasi antarabangsa mula pulang ke negara asal masing-masing dengan diapit oleh para Pegawai Kanan PDRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

Antara delegasi yang telah memulakan perjalanan pulang semalam ialah dari negara Myanmar, Thailand, Laos PDR, Kingdom of Cambodia, Vietnam, Singapura, Filipina, Hong Kong, India, Qatar, Brunei dan INTERPOL.

Manakala pelepasan pulang para delegasi antarabangsa pada hari ini pula melibatkan empat negara, China, Jepun, Australia dan Timor Leste diikuti delegasi dari Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia yang dijadualkan berlepas pada esok sehingga Sabtu ini.

Kami mengucapkan selamat jalan dan terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada semua delegasi antarabangsa yang telah menjayakan penganjuran AISSE'25 dan sehingga kita berjumpa lagi dalam persidangan yang bakal berlangsung di masa hadapan.

Jurugambar: Koperal Mat Zul Hajat Mat Jaafar, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini, Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people and text
ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2025 8.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.31 PM