Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Rampas Lebih 25kg Heroin

Diterbitkan: 19 May 2023 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata pasangan berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-pasangan-suami-isteri-rampas-lebih-25kg-heroin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT

Ipoh, 19 Mei 2023 - Sepasang suami isteri ditahan selepas menjadikan rumah teres dua tingkat mereka di Jelapang, di sini, sebagai makmal memproses dadah jenis Heroin susulan penemuan lebih 25 kilogram (kg) bahan itu di situ.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata pasangan berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu.

Katanya, pemeriksaan di premis menemui dadah disyaki Heroin dianggarkan seberat 21,676 gram, selain dadah sama dalam bentuk cecair seberat 3,640 gram dengan nilai rampasan RM210,122.

Katanya, turut dirampas pelbagai bahan kimia dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses serta membungkus dadah berkenaan.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Februari lalu. Pasangan suami isteri itu tiada pekerjaan tetap dan menjadikan rumah mereka sebagai makmal memproses dadah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text

ArtikelDiterbitkan 19 May 2023 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM