Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Dadah Rm10 4 Juta

Published: 16 Dec 2025 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 16 Disember 2025 - Polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta dalam serbuan terhadap sebuah rumah teres tiga tingkat yang dijadikan stor penyimpanan dan lokasi pembungkusan dekat Kajang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-dadah-rm10-4-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:58 MYT

Shah Alam, 16 Disember 2025 - Polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta dalam serbuan terhadap sebuah rumah teres tiga tingkat yang dijadikan stor penyimpanan dan lokasi pembungkusan dekat Kajang.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar berkata, turut ditahan dalam serbuan pada 8 Disember lalu adalah tiga individu iaitu dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 40 hingga 45 tahun yang bertugas membungkus bekalan dadah berkenaan.

“Dalam serbuan itu, polis merampas lebih 75 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis termasuk serbuk serta pil Ekstasi, Ketamin, Syabu, pil Eramin 5 dan pil Yaba.

“Turut dirampas sebanyak 18 bungkusan plastik lutsinar berisi 1,600 batang rokok yang disyaki mengandungi bunga Ganja dengan anggaran berat dua kilogram serta 400 kotak minuman botol yang disyaki mengandungi cecair Ekstasi dengan anggaran isi padu 195.5 liter.

“Nilai rampasan disyaki dadah bagi kes ini dianggarkan berjumlah RM10.4 juta dan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 16 Dec 2025 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM