Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Tiga Penjuru Antara Pdrm Jabatan Kimia Dan Jabatan Peguam Negara
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Tiga Penj...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Tiga Penjuru antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di G Hotel Gurney, Georgetown, Pulau Pinang pada 15 Disember 2025.
Kehadiran Tan Sri Ayob Khan yang mewakili PDRM menzahirkan komitmen berterusan Pasukan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM, KIMIA Malaysia dan Jabatan Peguam Negara, khususnya dalam mempertingkat keberkesanan penyiasatan, penyediaan bukti saintifik serta pendakwaan kes-kes jenayah.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

