Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kes Kematian Tiga Penjenayah Hasil Siasatan Akan Dikemukakan Ke Agc Pm

Diterbitkan: 16 Dec 2025 7.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa hasil siasatan berhubung kes kematian tiga penjenayah yang ditembak mati polis di Melaka bulan lalu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kes-kematian-tiga-penjenayah-hasil-siasatan-akan-dikemukakan-ke-agc-pm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:49 MYT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa hasil siasatan berhubung kes kematian tiga penjenayah yang ditembak mati polis di Melaka bulan lalu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Dato’ Seri Anwar berkata, beliau telah diberi jaminan oleh Ketua Polis Negara (KPN) bahawa siasatan secara rapi dijalankan berhubung kejadian berkenaan.

“Kini yang menimbulkan banyak persoalan tentang kematian tiga yang dianggap penjenayah tegar di Melaka. Siasatan rapi dibuat dan saya dapat jaminan daripada KPN dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Bahawa siasatan rapi dan telus tidak ada tolak ansur dan laporan telah mereka kemukakan kepada Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut. Tapi kita kena bedakan di antara keterlanjuran polis yang tidak boleh kita abaikan dengan tindakan penjenayah-penjenayah tegar,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.buletintv3.my/.../kes-kematian-tiga.../

Sumber: Buletin TV3

Artikel Pilihan Kes Kematian Tiga Penjenayah Hasil Siasatan Akan Dikemukakan Ke Agc Pm


ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2025 7.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM