Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Dadah Hampir 61kg Dalam Rumah

Diterbitkan: 25 Oct 2022 2.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2022 - Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat hampir 61 kilogram (kg) bernilai lebih RM190,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Baru, Kampung Baru di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-dadah-hampir-61kg-dalam-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:47 MYT
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2022 - Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat hampir 61 kilogram (kg) bernilai lebih RM190,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Baru, Kampung Baru di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, berkata dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang berada di rumah terbabit.

Katanya, rampasan dadah membabitkan 59 kilogram Ganja, satu kilogram Methamphetamine dan 450 gram Heroin dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM190,200.

"Semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan pernah ditahan mengikut Seksyen 6(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

"Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Ketamin dan Morfin," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 25 Oct 2022 2.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM