Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Mandi Peluh Demi Masyarakat

Diterbitkan: 25 Oct 2022 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 23 Oktober 2022 – Pujian wajar diberikan apabila dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sanggup bermandi peluh membantu dua wanita mengalami kerosakan kereta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-mandi-peluh-demi-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
Melaka, 23 Oktober 2022 – Pujian wajar diberikan apabila dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sanggup bermandi peluh membantu dua wanita mengalami kerosakan kereta.

Kejadian jam 7 pagi semalam berlaku di Lebuh Ayer Keroh di sini, apabila kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita dan ditemani ibunya berdepan masalah enjin.

Bagaimanapun anggota polis, Sarjan Mohamad Hamdi Md Salleh, 37, bersama Lans Koperal Azlan Mohamad, 32, dari Cawangan Kereta Peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti bertindak menghulurkan bantuan walaupun mereka dalam perjalanan penugasan di A’Famosa, Alor Gajah.

Mohamad Hamdi berkata, ketika melalui lebuh berkenaan untuk ke Plaza Tol Ayer Keroh, mereka mendapati kesesakan trafik luar biasa sebelum menyedari sebuah kereta berhenti di tengah jalan.

“Bagi mengelak kesesakan lebih teruk berlaku, kami mengambil keputusan menolak kereta itu ke bahu kiri jalan,” katanya.
Sumber: Harian Metro

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 25 Oct 2022 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM