Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 123 Ganja Mampat Tersadai Di Pantai

Published: 27 May 2024 8.44 AM Updated: 15 Aug 2026 8.10 PM
Bahan terlarang itu ditemukan jam 10.30 pagi oleh pasukan rondaan terdiri daripada anggota Balai Polis Kuala Perlis, Unit Risik Marin, Pasukan Polis Marin Kedah/Perlis, Unit Risik Kompeni D Batalion 2, Briged Utara Pasukan Gerakan Am serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-123-ganja-mampat-tersadai-di-pantai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT
Kangar, 25 Mei 2024 - Empat guni mengandungi 123 ketulan mampat disyaki Ganja ditemukan terdampar di pesisiran pantai Kuala Perlis pada Rabu lalu.

Bahan terlarang itu ditemukan jam 10.30 pagi oleh pasukan rondaan terdiri daripada anggota Balai Polis Kuala Perlis, Unit Risik Marin, Pasukan Polis Marin Kedah/Perlis, Unit Risik Kompeni D Batalion 2, Briged Utara Pasukan Gerakan Am serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.

Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC BaderuIhisham Baharudin berkata, Ganja dianggarkan seberat 123.4 kilogram (kg) itu dipercayai dibawa dari Thailand.

Katanya, pemantauan di sekitar lokasi tidak mengesan pergerakan kumpulan atau individu yang akan menghampiri barang kes itu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM382,540 dan boleh digunakan 248,000 penagih dadah.

“Kita percaya ia dibawa menggunakan jalan laut sebelum dipindalikan ke negara ini menggunakan jalan darat,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 27 May 2024 8.44 AMUpdated 15 Aug 2026 8.10 PM