
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Di Tambak Johor
Johor Bahru, 27 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mena...
Johor Bahru, 27 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Di Tambak Johor Bilangan 1/2024 yang berlangsung dekat Bilik Mesyuarat Gambir, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, di sini.
Mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof itu turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi di bawahnya.
Terdahulu, Dato’ Sri Fadillah yang diiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution telah meninjau sendiri keadaan kesesakan lalu lintas yang dihadapi terutama pengguna laluan jalan kaki, perkhidmatan bas dan laluan motosikal ketika waktu puncak di CIQ.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu dan barisan ketua agensi di bawah KDN serta lain-lain agensi kerajaan.
Jurugambar: PDRM RMP TV