Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Pahang Serbu 28 Sarang Dadah Tahan 450 Individu

Published: 01 Feb 2023 3.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 1 Februari 2023 - Seramai 33 penagih tegar dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan seorang remaja 14 tahun antara 450 individu ditahan hasil serbuan ke atas 28 sarang penagih dadah dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia 2023 di negeri ini, minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-pahang-serbu-28-sarang-dadah-tahan-450-individu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
Kuantan, 1 Februari 2023 - Seramai 33 penagih tegar dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan seorang remaja 14 tahun antara 450 individu ditahan hasil serbuan ke atas 28 sarang penagih dadah dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia 2023 di negeri ini, minggu lalu.

Dalam operasi khas selama tiga hari bermula 25 Januari lalu itu, pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat keseluruhan lebih 1.1 kilogram dan 107.63 liter air ketum berjaya dirampas.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam operasi dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang itu, seramai 35 pengedar atau tokan dadah dan 12 individu dikehendaki antara yang ditahan.

Menurutnya, operasi melibatkan 297 serbuan dan 532 pemeriksaan di seluruh Pahang melibatkan lokasi di kawasan bandar, tanah rancangan Felda dan kawasan perumahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, people standing and text
ArticlePublished 01 Feb 2023 3.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM