
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kongsi Gelap Bertopeng Ngo
Kuala Lumpur, 1 Februari 2023 - Bertopengkan aktiviti kerja amal bagi mengaburi kegiatan selain mengelak aktiviti haram mereka dikesan pihak polis.
Kuala Lumpur, 1 Februari 2023 - Bertopengkan aktiviti kerja amal bagi mengaburi kegiatan selain mengelak aktiviti haram mereka dikesan pihak polis.
Itu antara pendekatan serta taktik licik dilakukan kumpulan kongsi gelap yang berselindung di sebalik kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, kegiatan kongsi gelap ketika ini tidak jauh bezanya berbanding beberapa dekad lalu namun gemar berselindung di sebalik nama pelbagai NGO.
Menurutnya, ahli kumpulan itu akan melakukan kerja amal melalui NGO bagi menampilkan imej baik di mata masyarakat.