Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Hargai Tindakan Pihak Polis Thailand Gagalkan Penyeludupan Dadah Bernilai Rm46 Juta

Diterbitkan: 24 May 2023 2.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Kelantan menghargai tindakan cekap pihak polis Narathiwat, Thailand menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis ice atau kristal Methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht (RM46.29 juta) Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-kelantan-hargai-tindakan-pihak-polis-thailand-gagalkan-penyeludupan-dadah-bernilai-rm46-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:56 MYT
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Hargai Tindakan Pihak Polis Thailand Gagalkan Penyeludupan Dadah Bernilai Rm46 Juta
Laman Utama / Artikel / Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Hargai Tindakan Pihak Polis Thailand Gagalkan Penyeludupan Dadah Bernilai Rm46 Juta
Kembali ke Pustaka
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Hargai Tindakan Pihak Polis Thailand Gagalkan Penyeludupan Dadah Bernilai Rm46 Juta

Polis Kelantan menghargai tindakan cekap pihak polis Narathiwat, Thailand menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis ice atau kristal Me...

Tumpat, 24 Mei 2023 – Polis Kelantan menghargai tindakan cekap pihak polis Narathiwat, Thailand menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis ice atau kristal Methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht (RM46.29 juta) Khamis lalu.

Bekalan dadah yang diperoleh dari Bangkok itu dihantar ke Tak Bai di Narathiwat dan dipercayai mahu diseludup masuk ke negara ini.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, kerjasama sebegitu sentiasa dilakukan melalui pertukaran maklumat dan hasil risikan polis di kedua-dua negara.

“Kita sentiasa mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa Thailand dan amat berterima kasih terutama Pasukan Polis Narathiwat yang memenuhi janjinya (saling bekerjasama).

“Kita akui Thailand banyak membuat tangkapan (dadah) berikutan sindiket akan melalui perjalanan yang jauh untuk sampai ke sempadan Malaysia. Mungkin ada sekatan jalan raya dilakukan di negara itu yang menghasilkan kejayaan.” katanya kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 24 May 2023 2.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM