Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Johor Tumpaskan Sindiket Edar Dadah Rampasan Bernilai Rm644 195 Dalam Tiga Serbuan

Published: 12 Aug 2022 4.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 12 Ogos 2022 - Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi dengan cara mencuci dadah lama dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini, Iskandar Puteri dan Pekan Nenas, Pontian, Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-johor-tumpaskan-sindiket-edar-dadah-rampasan-bernilai-rm644-195-dalam-tiga-serbuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:37 MYT
Johor Bahru, 12 Ogos 2022 - Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi dengan cara mencuci dadah lama dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini, Iskandar Puteri dan Pekan Nenas, Pontian, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 11.15 pagi itu, dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama seorang lagi wanita berusia antara 32 hingga 49 tahun.

Beliau berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menyewa apartment mewah di kawasan berpagar untuk dijadikan tempat penyimpanan dadah.

"Sindiket ini telah beroperasi sejak Mac lalu dan mereka menggunakan tempat ini juga digunakan untuk mencuci dadah.

"Berdasarkan bahan-bahan kimia ditemui kita percaya ada proses pencucian iaitu dari dadah lama untuk dibaharui iaitu jenis ‘Ice' dan Syabu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

"Jumlah keseluruhan rampasan dadah serta sitaan adalah lebih RM1.107 juta dan jika dadah ini terlepas ke pasaran boleh digunakan seramai 77,280 orang penagih dadah.

Bacaan lanjut seperti keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of 5 people and people standing
ArticlePublished 12 Aug 2022 4.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM